Hakikatnya, Azzuddin tidak dapat dipisahkan dengan bolasepak walaupun beliau dari latar belakang ketenteraan. Ayahnya merupakan bekas pemain Kedah, Ahmad Awang yang kemudiannya bertugas sebagai seorang pengadil.
"Saya pernah membantu ATM menjuarai Piala Emas Raja-Raja selain mara ke suku akhir Piala Malaysia” katanya yang bermain di posisi sayap kiri.
Prestasi cemerlangnya di ATM membuatkan Allahyarham Ghani Minhat, jurulatih Malaysia ketika itu memanggil Azzuddin mewakili negara sekitar tahun 1971 dan 1972.
“Saya masih ingat Pestabola Merdeka 1972. Saya mewakili Malaysia B di separuh akhir kepada Malaysia A yang dibarisi Allahyarham Mokhtar Dahari dan Soh Chin Aun. Azzuddin turut dipilih menyertai skuad kebangsaan ke Sukan Olimpik di Munich, 1972 namun terpaksa menolak panggilan tersebut.
“Saya tidak dilepaskan pegawai atasan. Saya perlu memilih sama ada mahu menjadi pemain bolasepak atau pegawai tentera." katanya.
Menggantung kasut bola pada 1979, beliau seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Agong Persatuan Bolasepak ATM (PBATM) sehinggalah dipilih menjadi menjadi Presiden PBATM ketika berpangkat Leftenan Jeneral.
“Semasa menjadi pentadbir di PBATM lagi saya sudah menjadi ahli majlis FAM termasuk pernah memegang kerusi EXCO Tatatertib dan Pengadil. Saya juga pernah menjadi pengurus skuad bawah-20 kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal” jelas Azzuddin yang dilantik sebagai Setiausaha Agong FAM pada tahun 2007.
“Ramai yang menyindir saya. Mereka kata saya bekas tentera, ‘zero knowldge’ dalam bolasepak sedangkan saya ada pengalaman besar sebagai pemain, exco, pentadbir dan pengurus sebelum itu”.
“Saya amat berpuashati dengan khidmat 6 tahun saya di FAM. Sekarang saya berharap untuk melakukan yang lebih lagi di AFF”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan