Khamis, 28 Januari 2016

Bekas penyerang Manchester City import terbaru JDT?

Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan sedang dalam rundingan untuk membawa masuk pemain import baharu.

Dalam senarai skuad JDT sempena persiapan musim baru, kuota pemain import sudah pun lengkap dengan kehadiran Paulo Rangel, Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan kuota pemain import Asia, Hariss Harun yang menyertai senarai 23 pemain tempatan.

Kebarangkalian JDT membawa masuk import baru bukanlah mustahil kerana Tunku Ismail mengakui para pemain tidak boleh berasa terlalu selesa kerana beliau bersedia melakukan perubahan sebelum tarikh tutup pintu perpindahan Liga Malaysia (Liga M) pada 14 Februari nanti.

Lebih-lebih lagi selepas beliau melihat tiga aksi persahabatan di mana JDT tewas 2-0 kepada Chonburi FC, sebelum menang dua perlawanan berikutnya dengan Big Bang Chulia United FC (BBCU FC) 4-2 dan Geylang International 2-1.

Ketiadaan Luciano Figueroa yang menggantung but cukup dirasai kem JDT, namun Tunku Ismail menegaskan penggantinya haruslah pemain yang berpengalaman.

Tanpa menamakan pemain import terbabit yang masih dalam proses perbincangan, kriteria pemain yang menjadi sasaran utama mereka adalah berasal dari Argentina yang kini beraksi di Brazil dengan nama samarannya Piratas.

Pilihan kedua adalah bekas penyerang Manchester City dan Everton yang telah menyumbat 16 gol dalam 22 perlawanan di Qatar. Dia juga beraksi dalam kempen Piala Dunia 2014 bersama Brazil.

Gambaran pilihan kedua ini mirip kepada kriteria yang dimiliki Joao Alves de Assis Silva yang senang dipanggil Jo. Dia kini berusia 28 tahun dengan mewakili kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al Shabab.

Sementara pilihan ketiga pula adalah pemain yang pernah beraksi di Lyon, Perancis.

Walaupun dalam keghairahan mengukuhkan kelab JDT, Tunku Ismail menegaskan tidak akan sewenang-wenangnya melabur ke atas pemain kerana kewangan kelab tetap menjadi keutamaan.

Sedikit profil tentang bakal pemain import terbaru JDT :

Lisandro Lopez
Umur : 32
Tinggi : 1.74m
Posisi : Penyerang / Winger
Negara Asal : Argentina
Kelab Terkini : Racing Club de Avellaneda
Kelab Sebelum : Lyon ( 2009 - 2013 )
SC Internacional

Joao Alves de Assis Silva ( Jo )
Umur : 28
Tinggi : 1.91m
Posisi : Penyerang
Negara Asal : Brazil
Kelab Terkini : Al Shabab
Kelab Terakhir : Atletico Mineiro
SC Internacional
Manchester City

Antara penyerang kebangsaan skuad Brazil . Pernah memenangi pingat gangsa dalam Olympic 2008 dan 2013 FIFA Confederations Cup .

Hernan Barcos ( El Pirata )
Umur : 31
Tinggi : 1.89m
Posisi : Penyerang
Negara Asal : Argentina
Kelab Terkini : Tianjin Teda
Kelab Terakhir : Gremio

Terkenal dengan teknikal ability , finishing dan fizikal nya .

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget