Bekas pertahanan Harimau Muda C ini akui, gembira dengan layanan profesional pihak pengurus pasukan tehadap pemain di JDT II.
Kerana itu, Hafiy optimis dia membuat keputusan tepat dalam kerjayanya.
"Dengan fasiliti yang ada termasuk barisan jurulatih saya yakin prestasi saya mampu diperbaiki," katanya.
Hafiy juga berasa dia mampu belajar dengan bermain bersama tonggak senior pasukan seperti Baihaki Khaizan, Shahril Ishak dan Zaquan Adha.
Pemain yang berasal dari Kuala Lumpur ini berasa,pembabitan bersama JDT II adalah persediaan terbaik buatnya bersaing merebut tempat di skuad utama JDT dan kebangsaan di masa depan.
"Saya yakin dengan pasukan ini kerana kebanyakkannya pemain profesional dan berpengalaman jadi saya rasa saya banyak boleh belajar dengan pasukan ini," jelasnya.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan