Isnin, 28 Disember 2015

Selangor lebih stabil bersama Mehmet : Sathianathan

Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan menggariskan pencapaian Mehmet Durakovic tahun ini namun dia terpaksa akur dengan keputusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) minggu depan.

Kali terakhir Selangor menjulang Piala Malaysia pada tahun 2005 bawah kendalian Dollah Salleh. Genap sedekad, Selangor muncul juara buat kali ke-33 dalam sejarah.

"Dia berjaya membawa pulang Piala Malaysia setelah ramai jurulatih sebelumnya gagal. Bagi saya, Selangor tampak lebih stabil dan bermain dengan lebih baik bawah kendaliannya keputusan muktamad terletak di tangan FAS,

"Semestinya kesemua syarat telah dimasuk ke dalam kontrak Mehmet dan sekiranya FAS ambil keputusan bayar pampasan untuk tamatkan kontrak awal, maka tidak ada masalah di situ" kata Sathianathan

Bekas pengendali kebangsaan ini turut berharap agar pengurusan setiap pasukan mengambil pendekatan yang telus apabila memutuskan tindakan memecat seseorang jurulatih.

"Pihak pengurusan perlu berhenti bagi alasan jurulatih direhatkan kerana alasan sebegitu tidak wujud sekaligus tidak boleh diterima pakai.

"Pecat atau kekalkan, persatuan perlu bertindak lebih profesional," jelasnya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget