Isnin, 28 Disember 2015

Bual bicara KAFA bersama Kelab Penyokong malam ini

Satu dialog khas bertajuk 'Bual Bicara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersama Kelab Penyokong' akan diadakan di Auditorium MARA Negeri Kelantan, malam ini.

Inisiatif ini dibuat sebagai platform terbaik untuk seluruh peminat skuad The Red Warriors melontarkan idea bernas atau bertanyakan tentang perkembangan semasa skuad berkenaan.

Ia tidak hanya terhad kepada ahli kelab penyokong saja malah turut terbuka kepada orang ramai.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa juga mahu menjadikan dialog ini sebagai pentas menjelaskan situasi sebenar yang sedang dihadapi badan induk itu ketika ini.

"Untuk mereka yang ingin tahu, tanya apa saja. Mahu fakta yang sahih atau mahu beri idea. Mahu kritik.. jom kritik depan-depan," katanya menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya..

Selepas menyaksikan prestasi kurang baik dipamerkan Kelantan musim ini, ia pastinya menjadi peluang terbaik untuk semua peminat pasukan itu bersama-sama membantu mencari jalan terbaik mengembalikan kegemilangan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sumber : bharian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget