Jumaat, 25 Disember 2015

Pemain bintang akan sertai Pahang

Bukan lalui zaman kegelapan sebaliknya penjenamaan semula Pahang dengan gunakan pemain muda sebagai tunjang kekuatan pasukan musim depan.

Fahrizal akui keputusan yang diambil pasti bukan sesuatu digemari kerana sanggup lepaskan pemain terbaik dimiliki oleh pasukan.

Bagaimanapun, ia terpaksa dilakukan demi kebaikan pasukan menjelang penswastaan liga.

Lima pemain tempatan sudah sahkan akan tinggalkan skuad Tok Gajah dengan khidmat Matias Conti serta Damion Stewart difahamkan tidak disambung.

Namun, sehingga kini tiada sebarang nama besar dikaitkan dengan Pahang musim depan yang resahkan sebahagian besar peminat Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif Pahang FC Fahrizal Hassan beri jaminan Pahang masih mampu berdaya saing musim depan.

Tambahnya, akan ada nama besar sertai Pahang dalam usaha seimbangkan kekuatan pasukan bersama pemain muda.

"Ada pemain yang berstatus bintang yang kami sasarkan ketika ini namun selagi tiada hitam putih kami enggan mendedahkan nama pemain itu.

Apa yang pasti pemain ini akan membantu pemain muda sedia ada," katanya.

Fahrizal bagaimanapun menegaskan pemain muda tetap diberikan keutamaan.

"Ini sesuatu perkara yang mungkin tidak popular dikalangan peminat namun kita akan fokus dalam membina pasukan dikalangan pemain muda dan pemain bintang," ujarnya.

Pahang akan membuat sidang media khas mengenai pasukan pada 3 januari depan di Kuantan.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget