Sabtu, 26 Disember 2015

Muvley tidak sabar lihat aksi pemain import

Selepas memulakan tugas secara rasmi dengan pasukan Terengganu pada 20 Disember yang lalu, Mike Mulvey sudah memupuk kerjasama dengan baik bersama dengan ketua jurulatih, Ahmad Yusof.

Beliau yang mengendalikan beberapa sesi latihan sejak dari tarikh itu telah membuat kesimpulan dari pemerhatian yang dibuat sepanjang sesi-sesi tersebut bahawa Terengganu mempunyai pemain-pemain yang bagus.

Sekiranya mereka mampu digembelingkan untuk bekerja sebagai satu pasukan Mulvey berasa yakin bahawa Terengganu mampu untuk memberi cabaran yang serius dalam semua pertandingan di musim 2016 nanti.

Beliau yang menghabiskan cuti Krismas di Kuala Terengganu sahaja memberitahu dia akan menonton kembali video-video perlawanan Terengganu musim lepas untuk membuat penilaian dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada Ahmad Yusof untuk meningkatkan mutu permainan para pemain di musim akan datang.

Dengan pemain-pemain asing Terengganu akan kembali menyertai skuad untuk latihan pra-musim, Mulvey jelas tidak sabar untuk melihat apa yang boleh dilakukan bersama dengan Issey Nakajima, Gustavo Lopez dan Vincent Bikana nanti.

Di samping itu Mulvey juga mengucapkan selamat hari Natal kepada semua peminat-peminat Terengganu yang beragama Kristian dan berharap mereka akan terus memberikan sokongan kepada pasukan apabila musim 2016 bermula nanti.

Sumber : terengganufa

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget