Selasa, 29 Disember 2015

Melaka United uji pemain naturalisasi pertama

Melaka United sedang menguji pemain naturalisasi pertama mereka bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim depan.

Marco Stefan Petrouski yang lahir di Australia merupakan bekas pemain remaja Sydney Olympic dan Southerland Sharks.

Walaubagaimanapun, pengendali Melaka Mat Zan Mat Aris masih dalam proses menilai prestasi penjaga gol berusia 18 tahun itu.

Petrouski telah pun menjalani latihan selama 3 minggu setakat ini dan dikatakan punyai peluang cerah menyarung jersi pasukan itu.

Difahamkan, Petrouski bakal ditawarkan dengan kontrak 3 musim sekiranya berjaya memikat hati pihak pengurusan.

Ibu Petrouski berasal dari Sabah sekaligus pemain dengan ketinggian 187cm boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget