Jumaat, 11 Disember 2015

Idam kenangan manis 2008 : Baddrol Bakhtiar

 

 ALOR SETAR: Baddrol Bakhtiar mahu mengulangi kenangan manis semasa Kedah menewaskan Selangor dalam final Piala Malaysia pada tahun 2008.

Peluang ini bakal dikecapinya apabila skuad Helang Merah bertemu The Red Giants di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini. Baddrol, 27, masih pemain junior ketika pertemuan 2008 itu.

“Saya akan manfaatkan pengalaman pada 2008 itu sepenuhnya untuk membantu pasukan Kedah dalam memburu kejuaraan kali ini. Ia mungkin permulaan untuk mengulangi semula kejayaan Kedah era 2007 dan 2008,” katanya.

Beliau berkata, Kedah musim ini menampilkan corak permainan berbeza di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe dan kini diambil alih oleh pemangku jurulatih Ramon Marcote.

Penjaga gol Helang Merah, Mohd Firdaus Muhamad pula berkata, pengalamannya beraksi bersama Harimau Muda B akan dimanfaat sepenuhnya pada final nanti.

“Saya akui tertekan sebagai penjaga gol utama tetapi saya akan cuba hilangkan tekanan dan gementar dalam suasana stadium yang dibanjiri dengan penyokong serta memberi fokus sepanjang 90 minit dalam padang,” katanya.


Sumber : Berita Harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget