Shah Alam: “Kami akan rempuh pintu stadium esok (hari ini). Apa nak jadi, jadilah!”
Itu janji salah seorang peminat setia Selangor yang ditemui bersama-sama 600 penyokong lain semalam ketika mereka menyuarakan tekad untuk merempuh pintu Stadium Shah Alam bagi menyaksikan aksi final Piala Malaysia, malam ini.
Tindakan melakukan aksi ‘berani mati’ itu menjadi pilihan mereka selepas kecewa gagal mendapatkan tiket yang habis dijual dalam tempoh tidak sampai dua jam selepas kaunter tiket dibuka pada jam 10 pagi, kelmarin.
Menerusi tinjauan Arena Metro semalam, masih ada penyokong Merah Kuning yang berkampung di perkarangan stadium dengan harapan mampu mendapatkan tiket final itu atas belas ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sambil menjerit ‘kami nak tiket, kami nak tiket’ ke arah pegawai FAM yang berada di depan pintu masuk kenamaan stadium, mereka ternyata hampa apabila permintaan itu langsung tidak diendahkan hingga mengundang rasa bengang kumpulan berkenaan.
Sumber : Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan