Rabu, 30 Disember 2015

Adakah Rangel Pemain Yang Tepat untuk JDT?

Pra Analisis Bagaimana Rangel Beroperasi dalam Skuad JDT dan Apakah Kesan Kepada Sistem Taktikal.

Oleh Axello Tacts

Deal Done ! RANGEL KE JDT.

Banyak reaksi oleh penyokong JDT tentang isu ini sejak daripada rumors lagi. Namun ada berberapa persoalan menarik yang akan dihujahkan tentang Paulo Rangel.

1. Adakah Rangel Pemain Yang Tepat ?

JDT kali ini jelas tak mahu melakukan signing yang hanya berpandukan data dan statistik yg kabur. Jadi mereka tahu bahawa Rangel adalah proven attacker di dalam bolasepak kita daripada melakukan kesilapan sekali lagi dengan membeli potensi. Rangel bukan lebih kepada reputasi dan bukan potensi. Pemain yang sentiasa dalam lingkungan pesaing kasut emas jika beliau bermain 90% dalam sesuatu kejohanan. Jadi saya rasa beliau adalah pemain yang tepat untuk quick business dengan kefahaman beliau yang tinggi tentang Liga M.

2. Style Of Play

Rangel adalah direct replacement kepada Luciano Figueroa. Kedua dua mereka adalah target man no.9 yang menjadi fox in the box. Style of play Rangel mungkin lebih stay di high area berbanding Lucho yang akan mencari bola jika hilang sumber. Agak naif untuk membandingkan mana mana striker dengan Lucho kerana beliau adalah world class mentality player.

Rangel memerlukan servis yang lebih kerap dan ini akan menjadi cabaran kepada midfielder 4 atau midfielder 3 JDT untuk meningkatkan supplying qualities lebih 40% daripada yg mereka ada.

3. Sistem sokongan ?

Point no.2 akan mewujudkan satu persoalan adakah JDT sudah memiliki fundamental yang baik untuk Rangel. Saya rasa ya ! Sebab JDT bukanlah perlu bergantung kepada sistem crossing semata mata. Di Terengganu, pasukan tersebut bukanlah pasukan yg menggemari crossing bola tinggi sepanjang masa. Tetapi Rangel tetap gel dengan sistem tersebut. Dulu di Selangor, sistem cross yang lebih berkualiti diwujudkan dan Rangel efisien. Di Perak pun sama.

Diaz adalah option kedua terpenting selain daripada winger. Diaz adalah creative playmaker di zon 14 yang akan menjadi support yang penting kepada Rangel. Selain Diaz, musim 2015, Safiq Rahim turut dibangunkan sebagai hole player oleh Gomez pada bulan bulan terakhir kempen Liga dan Safiq adalah alternatif yang baik jika Diaz tak available. Jadi saya tak rasa menyediakan sistem supplying kepada Rangel adalah masalah. Cuma isu lebih penting adalah bagaimana Rangel bekerja dalam pasukan ini.

4. Attitude dalam dan Luar Padang

Ini adalah masalah utama Rangel yang kerap membuatkan beliau dalam wrong mentality di dalam padang. Pemain ini kerapkali pernah cuba menjadi bigger than a club. Namun JDT tak perlu risau kerana mereka ada depth squad yang kuat untuk sebarang kemungkinan dan mungkin ada klausa khas dalam kontrak untuk mengelakkan campur tangan agent yang mengatasi kontrak.

Rangel mengakui dia teruja untuk terlibat dengan projek di Selatan dan dia harus sedar hakikat dia adalah pemain yang bagus dan perlu untuk lebih fokus kepada membantu pasukan dengan kertas kontrak yang dibayar. Saya yakin TMJ dan Gomez terlalu bagus untuk kerja ‘menjinakkan’ pemain ini dan kita akan menunggu hasilnya. Ramai bad boy di arena bolasepak yang akan akur dengan pengurus atau ketua jurulatih bila berada di kelab tertentu. Dan untuk fans JDT, tugas anda adalah menyokong beliau atas kapasiti pasukan dan bukan peribadi. Jika buat hal, team always first. Saya ada naluri menyatakan , Rangel kali ini akan lebih matang.

5. Perubahan Taktikal oleh Gomez ?

Saya rasa ini tak berlaku. Gomez akan membina pemain dalam pasukan (built the player around the team) dan bukan sebaliknya. Gomez akan beroperasi dengan hole sistem yg betul kali ini dengan adanya correct player seperti Diaz. Musim lepas Gomez banyak bermain dengan teknikal yang ada kerana beliau tak mendapat pemain yg beliau inginkan dengan mengambil alih pasukan di separuh musim. Perubahan taktikal adalah bukan kerana Rangel tetapi kerana falsafah dan filosofi Gomez.

——————–

Penilaian ( Based On MSL , jangan bezakan dengan pemain di liga eropah)

Paulo Rangel
Posisi : ST ( No.9)
Ratio Goal Per Game MSL : 0.8

Style Of Play
– Target Man
– Love to dribble
– Effective in creating space
– Direct player di depan gol

Strength
– Creating Space
– Menyudahkan Cross dan through passes

Weaknesses
– Injuries Concern
– Mental Strength
– Low defending abilities in open game. (Bukan ketika setpiece / bola mati)

Peak : Level
Attack : 7.5
Defend : 4.5

Speed & pace : 7.0
Dribble : 7.0
Agility : 7.0

Finishing : 8.0
Mentaliti : 4.5

#Kesimpulan

Bagi saya, ini adalah pemain yang tepat secara positional dan teknikal namun JDT perlu melakukan banyak perkara dari segi mentaliti dan disiplin. Pemain ini berhak bermain dalam pasukan seperti JDT selepas menjadi proven talents dalam Liga Kita. Rangel harus menanam tekad untuk membantu pasukan ini dan menjadi apart of history dalam projek selatan ini. Setiap pemain bintang kekadang memang ada fiil dan perangai dan kali ini beliau ibarat bertemu dengan ruas. Dan JDT nothing to lose pada pemain ini cuma Rangel yang ada everything to prove setelah mendapat peluang ini dan ia menjadi satu peluang yang tak semua pemain kontroversi dapat iaitu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Lucho di role no.9. Dia memang bukan pengganti Lucho, tetapi dia adalah new no.9 dalam pasukan ini. Support him as a team player not because he is Rangel. All the best Rangel.

Sumber : 90minit

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget