Rabu, 30 Disember 2015

PKNS uji import Argentina, Brazil

PKNS FC sedang berusaha mencari pengganti Patrick Ronaldinho Wleh selepas penyerang berbisa itu dilaporkan semakin hampir untuk berpindah bersama pasukan juara Piala Malaysia, Selangor musim depan.

Pengurus pasukan Mahfizul Rusydin Abdul Rashid berkata, meskipun pada hakikatnya berat melepaskan Ronaldinho, pihaknya tidak mahu ketiadaan pemain itu menjejaskan perancangan mereka.

Justeru, PKNS kini sedang menguji beberapa pemain import bagi menggalas tugas cukup berat itu.

“Memang ketika ini kami sedang menguji beberapa pemain import, antaranya dari Brazil serta Argentina. Jumlah mereka yang hadir untuk mencuba nasib memang ramai, tapi kami perlu teliti untuk membuat pilihan tepat.

“Yang penting pemain yang terpilih nanti dapat berkerjasama dengan rakan sepasukan lain.

“Di pihak barisan kejurulatihan, memang ketiadaan Ronaldinho sedikit menyukarkan dalam melakukan perancangan musim depan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Mahfizul berkata, sasaran utama PKNS FC musim depan adalah untuk naik ke Liga Super selepas dua musim dalam Liga Perdana.

“KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kami memang tidak pernah berubah dan harap ia dapat direalisasikan pada musim depan selepas menduduki tangga keempat liga musim ini,” katanya.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget