Rabu, 30 Disember 2015

Peluang seimbang Alberts, Hodak dan Kim Swee

Bekas jurulatih Sarawak, Robert Alberts enggan menaruh keyakinan tinggi apabila sifatkan tiga calon yang disenarai pendek untuk mengemudi skuad Harimau Malaya miliki peluang seimbang.

Alberts dilapor berada dalam senarai akhir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk 'kerusi panas' jurulatih skuad negara.

Dua calon lain ialah bekas pengendali Johor Darul Ta'zim, Bojan Hodak dan bekas jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee.

Berdasarkan reputasi ketiga-tiga calon, masing-masing tampak punya kelebihan untuk menjadi pengganti Dollah Salleh.

Ia tidak dinafikan Alberts walaupun jurulatih berasal dari Belanda ini miliki pengalaman luas dalam kancah bola sepak di rantau ini terutamanya di Malaysia.

"Saya rasa ketiga-tiga calon memiliki peluang seimbang kerana keputusan akhir bergantung kepada sesi temu bual serta visi skuad kebangsaan,

"Bukan sahaja setakat beri tumpuan kepada perlawanan seterusnya malah hala tuju jangka panjang," katanya.

Bekas pengarah teknikal FAM ini bagaimanapun miliki visi dan sasaran tersendiri untuk membantu skuad kebangsaan memperbaiki imej di pentas antarabangsa.

“Saya mahu meletakkan semula skuad kebangsaan di landasan tepat dan sasaran itu tidak dapat dicapai dalam masa dua bulan,

"Kami juga perlu memantau skuad bawah-19 tahun kerana mereka adalah generasi baru dalam masa beberapa tahun lagi," tambahnya.

Difahamkan, ketiga-tiga calon itu akan hadir untuk sesi temuduga oleh Jawatankuasa Khas FAM pada awal Januari ini sebelum lantikan dibuat kemudian.

Nama Robert Ren Alberts bukan asing khusunya dalam saingan bolasepak ASEAN.

Kemuncak kerjayanya pasti pada tahun 1992 hingga 1995 ketika membimbing Kedah dibantu Azraai Khor abdullah.

Bekas pemain remaja Ajax ini juga pernah membimbing pasukan remaja negara pada tahun 1997.

Tugasan terakhir beliau ialah membimbing Sarawak dalam aksi Liga Super.

Kini segalanya tertumpu pada 3 nama bagi menduduki kerusi panas di Kelana Jaya.

Dijangka segalanya akan terungkai pertengahan Januari ini .

Bertalan Beskie dari Hungary menjadi jurulatih luar terakhir yang berkhidmat bersama skuad bolasepak kebangsaan.

Bermula 2005, FAM telah menggunakan khidmat 4 jurulatih tempatan.

Paling cemerlang pastinya Datuk K Rajagobal yang menamatkan penantian emas 20 tahun acara bolasepak Sukan SEA.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget