Jumaat, 10 Februari 2017

Westwood enggan rayu penggantungannya

Ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood tidak akan merayu atas penggantungan empat perlawanan yang dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil.

Westwood berkata tidak ada gunanya merayu kerana peluang untuk berjaya adalah kecil berikutan rakaman video yang dikemukakan sebagai bukti tidak mempunyai suara dan pastinya tidak berasas.

"Pada pendapat saya, peluang untuk rayuan adalah kecil kerana ia membabitkan kenyataan pegawai perlawanan menentang kata-kata saya...tiada guna fikirkannya, hidup mesti diteruskan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber : bernama


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget