Jumaat, 10 Februari 2017

Pahang berdepan tugas getir bertemu Kedah

Pahang yang akan bertemu juara Piala Sumbangsih, Kedah di Stadium Darul Aman malam esok, bakal berdepan tugas getir selepas dua pemain utama skuad itu dilaporkan belum pulih daripada kecederaan.

Dua pemain berkenaan ialah Matthew Davies dan Kiko Insa yang masing-masing mengalami kecederaan paha dan buku lali hingga menjejaskan persiapan skuad itu untuk memberi tentangan kepada tuan rumah.

Jurulatih Pahang Dollah Salleh berkata, setakat ini, tahap kecederaan Davies yang juga kapten pasukan dan Insa belum pulih dan peluang untuk mereka beraksi masih 50-50 dalam memantapkan skuad itu.

“Sama ada dua pemain ini (Davies dan Insa) boleh dibawa ke Alor Setar hanya akan diketahui esok (hari ini).

“Sememangnya kami memerlukan mereka, tapi bergantung kepada laporan perubatan nanti,” katanya semalam.

Ditanya peluang mengutip mata di Alor Setar, Dollah yang juga bekas jurulatih kebangsaan mahu pemainnya mengekalkan prestasi terbaik mereka seperti mana tiga perlawanan lalu.

“Kedah juga bukan calang-calang pasukan untuk ditewaskan kerana prestasi mereka kian meningkat,” katanya.

Sumber : hmetro


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget