Isnin, 13 Februari 2017

TMJ dan Annuar Musa tanding jawatan Presiden FAM

Pemilihan untuk jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal menyaksikan persaingan sengit diantara Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin ketika mengesahkan perkara itu berkata dua lagi calon, iaitu Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat telah menarik diri.

"TMJ dan Annuar merupakan dua calon yang telah mengesahkan pencalonan sehingga tarikh tutup iaitu pada jam 5 petang ini. Bagaimanapun pencalonan ini akan di teliti dalam Mesyuarat Exco pada 20 Feb ini," katanya pada sidang media di Wisma FAM di sini.

Pemilihan FAM akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.

Hamidin berkata TMJ dan Annuar boleh menarik diri daripada pertandingan itu sehingga kongres dijalankan.

Sementara itu, pertandingan bagi jawatan dua timbalan presiden bakal menyaksikan pertembungan diantara empat calon, manakala bagi empat jawatan naib presiden, sebanyak sembilan calon akan bertanding.

Sumber : bernama


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget