Isnin, 13 Februari 2017

PFAM sifatkan TMJ individu paling layak terajui FAM

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menyifatkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai individu paling layak sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden PFAM Hairuddin Omar dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan sokongan tersebut bukan disebabkan baginda merupakan penaung PFAM tetapi berdasarkan rekod cemerlang pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.

Beliau menjelaskan Tunku Ismail memiliki tiga sifat utama untuk menjadi Presiden FAM iaitu memberi keutamaan kepada bola sepak, berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam pentadbiran bola sepak, serta mempunyai jaringan perhubungan yang luas dalam dunia bola sepak sama ada di dalam dan luar negara.

Sumber : bernama


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget