Dipetik dari laman rasmi Facebook baginda, jom kita baca 7 cara tersebut!
1. Tempoh had jawatan
RMS mahukan tempoh jawatan untuk seseorang presiden FAS akan dihadkan untuk tidak lebih kepada 2 penggal. Selain itu, setiap penggal akan dihadkan kepada hanya 4 tahun sahaja jadi tempoh maksimum untuk menjadi presiden hanya 8 tahun sahaja.
Selain itu juga, presiden FAS juga tidak boleh sertai secara langsung atau tidak dalam bidang politik.
Dan individu yang sering mengganggu ketenteraman awam juga tidak dibenarkan untuk sertai sebagai presiden FAS. Adakah RMS maksudkan Dato’ Jamal?
2. Exco & Setiausaha Agung
Menurut RMS yang juga penaung diraja FAS, langkah pembaharuan bola sepak Selangor adalah exco dan & setiausaha agung FAS adalah terdiri daripada pilihan yang dilantik oleh presiden FAS. Dan had maksimum perkhidmatan adalah 2 penggal.
3. Muka baharu
Barisan exco yang dipilih pada mesyuarat agung luar biasa FAS akan datang haruslah 60% terdiri daripada muka baharu.
Ahli jawatankuasa baru perlu memberi dedikasi dan komitmen yang tinggi, meletakkan petunjuk prestasi dan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
4. Beri lebih kuasa
Kuasa presiden akan diberikan lebih kuasa eksekutif, ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan memberikan lebih impak kepada bola sepak Selangor.
5. Perlu telus
Ahli gabungan FAS yang mahu mengundi ketika EGM FAS haruslah bergiat aktif dalam membangunkan bola sepak Selangor serta memberikan laporan berkala kepada FAS.
Proses ini perlu telus di mana kriteria dan penanda aras perlu diletakkan supaya perlaksanaanya berjaya.
6. Kewangan yang mantap
Jangan bergantung kepada kerajaan negeri secara berterusan! Itu langkah yang mahu dibuat oleh RMS terhadap bola sepak Selangor.
Barisan kepimpinan FAS perlu bergabung tenaga untuk mencipta kewangan yang mantap dan kukuh untuk FAS dan bola sepak Selangor dalam masa yang terdekat.
7. Majukan pembangunan
Pembangunan bola sepak di Selangor harus dipertingkatkan dengan lebih lagi.
FAS perlu bekerjasama rapat dengan ahli-ahli kelab gabungan, pertandingan-pertandingan bola sepak komuniti dan lain-lain badan sektor awam dan swasta yang berkaitan dalam menyumbang kepada pembangunan akar umbi dan belia bola sepak di Selangor.
Kini RMS sudah bersuara. Jadi sudah tiba masanya untuk bola sepak Selangor kembali mekar seperti sepatutnya?
Sumber : semuanyabola
Tiada ulasan:
Catat Ulasan