Khamis, 16 Februari 2017

Polis akan tingkatkan kawalan di Stadium Batu Kawan

Pihak polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di Stadium Negeri Batu Kawan pada setiap perlawanan Liga Super bagi memastikan kejadian rusuhan penonton seperti Sabtu lepas tidak berulang.

"Pemeriksaan di pintu masuk akan diperketatkan bagi mengesan individu yang cuba membawa masuk barang larangan seperti mercun, suar dan bunga api ke stadium," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye kepada pemberita.

Beliau turut mengingatkan penonton bahawa kekecohan akan turut memberi kesan kepada pasukan Pulau Pinang kerana boleh didenda atau perlawanan seterusnya diadakan tanpa kehadiran penonton.

Lazada Malaysia
Pada sabtu lalu kekecohan dikatakan tercetus apabila penyokong fanatik skuad Harimau Kumbang merusuh di luar stadium selepas perlawanan tamat.

Sebelum itu ketika di dalam stadium sejurus perlawanan tamat, mereka turut menjerit kerana tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

Pada aksi malam tersebut, Pulau Pinang tewas 0-1 kepada Sarawak, iaitu kekalahan keempat berturut-turut skuad Harimau Kumbang dalam empat aksi liga, setakat ini.



Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget