Khamis, 2 Februari 2017

Rizal Ghazali bakal diturunkan berdepan Felda

Skuad Helang Merah akan beraksi seperti biasa dalam saingan Liga Super menentang Felda United pada Sabtu ini, termasuk bakal menurunkan pemain kontroversi, Mohd Rizal Ghazali.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar berkata KFA berhak menurunkan Mohd Rizal dalam kesebelasan utama selagi status pemain berkenaan belum diputuskan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Dalam kes Rizal, KFA telah mengemukakan afidavit kepada Jawatankuasa Status Pemain FAM dan menyatakan pemain itu masih lagi pemain Kedah dan menganggap perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan Rizal masih mempunyai kontrak dengan KFA.

Sumber : bernama

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget