Rabu, 8 Februari 2017

Penyokong Pulau Pinang bantah lantikan Presiden baru

Kira-kira jam 8 malam Isnin 6 Febuari, bertempat di luar perkarangan Penang Institute, para penyokong Harimau Kumbang yang dihadiri lebih 100 penyokongnya telah mengadakan demo bantahan berkenaan perlantikan Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zhairil Khir Johari yang dipilih mengantikan Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff yang telah meletakkan jawatan bulan lalu.

Seorang wakil penyokong yang turut hadir bersama membantah perlantikan itu, Zamzuri Ibrahim, berkata demo berkenaan diadakan sebagai tanda protes penyokong apabila mereka dihalang ketika ingin berdepan dengan Zhairil dalam usaha mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Perlantikan mengejut dalam Kongres Luar Biasa FAP itu juga turut mengumumkan perlantikan L Katherisan sebagai pengurus baharu menggantikan Zhairil yang dilantik sebagai presiden FAP baharu.

Zamzuri juga mengatakan mereka sebagai penyokong turut mempunyai hak dalam bersuara apabila tidak bersetuju dengan perlantikan Presiden FAP yang baharu dan terpaksa membuat protes tersebut setelah dihalang daripada bertemu dengan Zhairil. Hasil protes tersebut itu menyaksikan empat wakil penyokong dibenarkan memasuki dewan untuk berhadapan dengan Zhairil bagi menjelaskan ketidakpuashatian mereka setelah mendapat persetujuan daripada Zhairil sendiri.

Perlantikan Zhairil dilakukan selepas 21 wakil FAP menyokong penuh perlantikan tersebut pada Kongres Luar Biasa FAP yang berlangsung di Penang Institute itu.

Sumber : gawang.my


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget