"Hukuman yang dikenakan ke atas Perak hanya akan merugikan pembangunan bolasepak tanah air" jelas Setiausaha Kehormat, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) merangkap pengurus skuad Liga Super Perak, Datuk Jamal Mohd Aris.
"Pastinya penonton yang teramat kecewa kerana bola sepak adalah sukan nombor satu rakyat. Mungkin ada cara lain boleh menghukum. Saya harap di masa hadapan pihak terbabit boleh memikirkan solusi paling ideal.
"Ini juga peringatan kepada penyokong supaya dapat menjaga disiplin di masa akan datang", katanya.
Kesunyian di Stadium Perak turut dikongsi oleh pengurus Melaka United, Datuk Yusof Mahadi.
"Ini kali pertama saya datang stadium tetapi senyap sunyi. Tiada hiruk-pikuk penonton. Sesuatu yang janggal. Pastinya ia tidak membantu pemain kerana tiada sorakan moral," jelasnya.
Sementara itu, bagi tidak menghampakan peminat bola sepak, PAFA telah membuat tayangan perlawanan Perak dan Melaka United di skrin besar Dataran Ipoh malam tadi setelah mendapat persetujuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan