Jumaat, 17 Februari 2017

Harap insiden amukan tidak berulang di Stadium Perak

Pemuda Amanah Perak berharap insiden amukan penyokong tidak berulang pada aksi pasukan Perak menentang Johor, di Stadium Perak, Sabtu ini.

Pengarah Komunikasi Amanah Perak, Muhammad Faeez Azahar, penyokong kedua-dua pasukan perlu mengamalkan semangat kesukanan, menjaga tatasusila dan mengelak daripada membuat provokasi yang melampaui etika.

Lazada Malaysia

"Sekiranya berlakunya provokasi mana-mana pihak, orang ramai perlu mencegah secara bersama agar tidak berlaku insiden yang tidak dingini.

"Kami yakin, para penyokong datang ke stadium atas satu matlamat iaitu memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pertembungan terakhir Perak menentang Johor pada Ogos lalu menyaksikan pergaduhan besar antara kedua-kedua belah penyokong.

Insiden itu telah menyebabkan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) didenda sebanyak RM10,000 dan bermain dua perlawanan tanpa penyokong.

"Insiden sedemikian merugikan semua pihak termasuklah para penyokong seterusnya mencemari arena bola sepak negara," katanya lagi.

Setiap kali pertembungan Perak The Bos Gaurus (Perak TBG) dengan Johor Darul Takzim (JDT),  katanya lagi, kedua-dua pasukan ini akan menampilkan aksi yang sengit.

Malah ujarnya, aksi di luar padang lebih sengit dan mendebarkan. Sorakan penyokong kedua-dua pasukan memeriahkan suasana di stadium keramat Kejor Yeop Kejor.

"Namun kehangatan penyokong kadangkala sukar dikawal hingga menyebabkan pertembungan berlaku.

"Bermula dengan kata-kata provokasi, para penyokong mula gagal untuk mengawal emosi sehingga melakukan tindakan yang tidak sewajarnya," jelasnya lagi.

Selain itu, pihaknya turut berharap pihak keselamatan dapat menjalankan kawalan dengan lebih ketat bagi membendung daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

"Kami yakin pihak keselamatan mampu untuk mengawal dengan baik para penyokong Perak yang budiman dan beretika," katanya.

Sumber : sinar harian


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget