Sabtu, 11 Februari 2017

Gabriel Guerra ganti Jeronimo Barrales

Gabriel Guerra dipindahkan dari JDT II ke JDT bagi menggantikan Jeronimo Barrales yang berkuatkuasa 11 Februari 2017.

Ia berlaku selepas JDT menggunakan kuasa mereka sebagai parent club kepada JDT II yang merupakan feeder club JDT.

Perjanjian Feeder Club


Gabi Guerra dinaik pangkat ke JDT selepas JDT menggunakan kuasa mereka sebagai feeder club seperti perjanjian diantara JDT dan FMLLP yang bertarikh 19 Ogos 2016.

Perjanjian antara JDT dan FMLLP ini adalah sebahagian daripada usaha mereka ke arah perlesenan kelab pada 2018.

Melalui perjanjian ini, JDT boleh memindahkan pemain mereka dengan pemain di JDT II sebanyak 4 orang ketika di luar musim perpindahan.

Selain itu, melalui perjanjian itu juga JDT dan JDT II tidak boleh bermain dalam liga yang sama.

Dan jika JDT II menjadi johan atau naib johan Liga Perdana, mereka tidak akan naik ke Liga Super.

Selain itu, jika JDT turun ke Liga Perdana. JDT II secara automatik akan turun ke Liga FAM tak kira tangga berapa mereka tamatkan saingan Liga Perdana pada musim itu.

Bermula 2018, JDT wajib meletakkan sekurang-kurangnya 4 pemain B-23 tahun dalam setiap perlawanan.

Dan JDT II tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan yang disertai JDT.

Ini bermakna, JDT II tidak akan menyertai Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia bermula pada musim 2018.

Sumber : semuanyabola


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget