Ahad, 12 Februari 2017

Brian Ferreira gagal penalti, Selangot curi satu mata

Pertemuan JDT dan Selangor menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata selepas kedua-dua pasukan bermain dengan 2 taktikal berbeza.


Letak bas depan gol


P. Maniam tidak mahu keciciran mata apabila bertandang ke Larkin. Lantas beliau merencana formasi 5-4-1 dengan bermain secara bertahan.

Taktikal ini berjaya menghalang JDT untuk mendapatkan gol sehingga tamat perlawanan.

Namun sebelum menerima 1 mata, Selangor diuji dengan pelbagai dugaan untuk sebelum pulang dengan 1 mata.

Percubaan Gonzalo Cabrera pada minit ke-20 dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol – Khairul Azhan Khalid.

Gabi Guerra juga hadir memberikan ancaman, namun sekali lagi Azhan berjaya menyelamatkan keadaan.

Safiq Rahim juga menghadirkan ancaman buat JDT, namun sepakan percuma dan juga tandukan beliau tidak berjaya menemui jaring gol.

Namun, perkara utama dalam perlawanan ini adalah kegagalan Brian Ferreira dalam menyempurnakan sepakan penalti untuk JDT.

Sepakan penalti yang terhasil selepas bola terkena tangan Razman Roslan itu bagaimana pun menjadi sia-sia buat JDT apabila Ferreira gagal menyempurnakannya.

Untuk rekod, Ferreira gagal menyempurnakan 2 penalti sepanjang beliau berada di Liga Malaysia. Penalti pertama beliau adalah ketika penentuan sepakan penalti dalam aksi Piala Sumbangsih tempoh hari.

Tak puas hati


Kegagalan JDT untuk memperoleh 3 mata penuh mengundang reaksi negatif dari ramai penyokong JDT.

Mereka merasakan pendekatan yang digunakan Benjamin Mora tidak begitu berkesan. Malah, ada yang mahu Mario Gomez kembali!

Lantas, laman rasmi JOHOR Southern Tigers mengeluarkan kenyataan rasmi mengajak seluruh penyokong-penyokong JDT datang ke Istana Pasir Pelangi sebaik sahaja perlawanan tamat untuk meluahkan perasaan kecewa mereka.


Namun begitu, hebahan itu tidak dapat diterima oleh penyokong JDT. Bagi mereka, kenapa nak jumpa tengah-tengah malam? Hari lain kan ada.

Namun begitu, perjumpaan tersebut tetap dilakukan, dan ia dihadiri oleh beberapa penyokong JDT yang menghadap TMJ dan jurulatih – Benjamin Mora.


JDT kini ditangga ke-7 Liga Super, sementara Selangor ditangga ke-8.

Sumber : semuanyabola


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget