Ahad, 12 Februari 2017

Analisis : Liridon banyak baiki aspek taktikal Kedah

Peranan Liridon Krasniqi telah memperbaiki banyak aspek taktikal pasukan Kedah dalam perlawanan ini. Pahang pula gagal mencari rentak/settle down sepanjang 90 minit perlawanan.
Analisis oleh Axello Tacts

Kedah menang 4-1 dalam perlawanan ke-4 Liga Super ini. Berikut adalah analisis perlawanan.

Permulaan


Kedah memulakan perlawanan dengan sisem 4-2-3-1. Manakala Pahang dengan model 4-4-2 klasik. Mereka menurukan Syamim dan Kiko Insa di tengah.

Kedah bermula intensif tetapi tidak berhubung baik


Kedah bermula  dengan intensiti tinggi dalam perlawanan ini. Mereka banyak mengerahkan gerakan dari kiri. Namun Kedah sangat lemah untuk berhubung dengan penyerang utama mereka pada awal perlawanan.

Banyak cubaan mereka adalah dari luar kotak penalti pada awalnya menjadikan banyak usaha build up mereka berakhir sia-sia.

Ini kerana mereka seperti bermain tanpa penyerang di hadapan. Ilso tidak ‘masuk’ ke dalam organisasi pasukan.

Peranan Liridon menyambungkan titik yang terputus (broken link)


Ini bukan pertama kali Liridon melakukan perkara ini. Hampir setiap perlawanan musim ini. Peranan Liridon pada asasnya sebagai pivot dalam sistem 4-2-3-1.

Peranan untuk menghubungkan garisan belakang dengan serangan utama adalah tugas Sandro sebagai no.8 ataupun no.10 dalam sistem 4-2-3-1.

Pada fasa Liridon lebih aktif di zon 14, Sandro turun ke bawah dan menjadi pemain tengah sebenar (pure centre midfielder).

Fasa inilah mereka mencipta gol untuk Ilso. Ilso berjaya masuk ke dalam organisasi pasukan.

Hanya dengan menukar peranan beliau seorang, sistem Kedah diperbaiki banyak sekali. Mereka memperbaiki isu link-up, dan juga fluiditi di kawasan serangan.


Namun ia tetap memberikan risiko di mana ada kerosakan di belakang. Tetapi seperti yang kami dalam perenggan di bawah, Pahang tetap gagal memanipulasi loop-hole tersebut.

Ini adalah gambaran bagaimana Liridon naik ke atas memperbaiki broken link di belakang Ilso.

Satu perubahan posisi sudah cukup untuk Liridon membuatkan pemain di sekitar beliau menjadi lebih baik dan berkesan untuk memasukkan Ilso dalam organisasi pasukan.

Namun kontranya adalah, ketika Liridon naik, beliau meninggalkan link di belakang pula yang rosak.

Secara mudahnya, apabila Liridon mengambil peranan Sandro, Sandro seharusnya mengambil peranan Liridon.

Ini yang tidak berlaku. Akram Mahinan pula gugup untuk mengawal ruang besar dalam bentuk 4-1-4-1.

Pahang gagal menghukum loop-hole Kedah


Meskipun Pahang gagal untuk mencari rentak secara berpasukan sepanjang 90 minit. Mereka tetap ada pemain yang boleh bergerak  dan mampu menghadirkan ancaman secara individu.

Kegagalan mereka berhubung ataupun berjalin secara organisasi, ia membuatkan mereka gagal untuk mengeksploitasi beberapa ruang di hadapan bek berempat Kedah.

Setiap kali mereka berada di tengah, mereka kelihatan akan mendapat sesuatu. Tetapi mereka gagal memanipulasi keadaan itu sebaiknya.

Ketika Liridon naik ke atas, di belakang Akram Mahinan yang jelas gugup dalam perlawanan ini.

Namun Pahang terlalu fokus untuk pergi ke bahagian sayap terutama sayap kanan. Di bahagian kanan mereka ada 2 atau 3 pemain berada di situ pada satu-satu masa.

Ia mewujudkan kesesakan / congestion dan pembaziran secara formasi.

Sumareh sukar untuk masuk ke dalam (cut-inside) kerana Matheus sentiasa ada di half-space. Matthew Davies pula gagal untuk mara lebih jauh kerana organisasi di kanan tersekat/stuck.

Ini gambaran formasi dominan pasukan Pahang (merah) yang menunjukkan ada 3 pemain kerap berada di zon yang sama.

Prinsip asas 4-4-2 adalah keseimbangan unit kiri dan kanan. Ia memerlukan pemain tengah berempat yang memberikan servis segera kepada 2 penyerang utama.

Semua itu tidak berlaku di dalam perlawanan ini.

Kedah lebih vertikal


Aspek yang penting adalah corak gerakan dan hantaran bola mereka yang lebih vertikal pada separuh masa kedua.

Pada separuh masa pertama, banyak hantaran mereka ke sisi dan ke belakang.

Corak ini agak nampak ‘headless’ pada satu fasa kerana pemain terlalu direct untuk berlari menegak dalam koridor mereka.

Banyak gerakan dimatikan oleh Pahang dengan bentesan dan juga pintasan. Namun ia tetap mendatangkan ancaman yang lebih baik.

Apa yang perlu diperbaiki Kedah adalah sistem pembentukan segitiga ketika beroperasi dalam sistem seperti ini. Lihat contoh yang mereka lakukan pada awal perlawanan.

Ia akan membantu mereka mengelakkan diri daripada terlalu vertikal.

Kerapuhan pertahanan Pahang


Pemain gagal untuk mematikan ancaman lebih awal. Ramai bertahan secara pasif/mengundur.

Gol Farhan Roslan adalah testimoni terbesar mereka tidak melakukan kawalan yang betul. Zac Anderson bersendirian di far post.

Pemain banyak melakukan terjahan lemah yang membuatkan mereka dimanipulasi secara ruang oleh pemain-pemain Kedah.

Seterusnya adalah perlindungan yang lemah daripada pemain pivot kepada bek berempat.

Lebih malang, asas kepada pertahanan dalam sistem 4-4-2 adalah, pemain sayap perlu membantu mengekang pemain bek sisi pasukan lawan.

Dalam perlawanan ini, Fitri Omar dan Rizal Ghazali memiliki kebebasan untuk mara.

Kiko Insa diarahkan bermain 1 lawan 1 dengan Liridon


Ia mungkin satu sistem yang paling rigid dalam perlawanan ini. Mengarahkan pemain tengah pertahanan untuk melakukan kawalan pemain ke pemain kepada Liridon.

Setiap kali Kiko Insa ditarik keluar oleh Liridon, beliau akan mewujudkan satu ruang yang sangat besar. Ia mendesak Insa melakukan faul.

Mungkin Dollah Salleh harus menggunakan pendekatan lebih zonal di tengah berempat. Dan bukannya memberikan kawalan individu kepada pemain yang jelas sekali adalah box to box.

Mereka perlu bermain dalam unit untuk mengeluarkan Liridon daripada organisasi.

Selepas tamat perlawanan, Dollah Salleh sendiri menggariskan ada pemain beliau gagal menghentikan Liridon Krasniqi.

Beliau turut menyatakan Kiko Insa tidak cergas sepenuhnya. Jadi, untuk memenangi bahagian tengah, anda perlu berjuang dalam unit.

Penilaian


Ia adalah satu malam yang harus dilupakan oleh Dollah Salleh. Agak pelik selepas perlawanan ini beliau berkata kepada wartawan, beliau terpaksa memilih pemain yang kurang cergas.

Beliau bertanya kepada Kiko Insa, sama ada pemain itu boleh bermain atau tidak. Bila Insa menjawab boleh, maka Insa diturunkan.

Kenapa tidak bertanya kepada pakar kecergasan pasukan? Walaupun pemain itu hebat, tetapi jika tidak cergas, mereka tetap tidak mampu menyumbang banyak di dalam perlawanan.

Seterusnya adalah, Pahang perlu memperbaiki isu permainan berpasukan dalam perlawanan akan datang. Mereka terlalu rigid dan predictable.

Serangan balas mereka agak tumpul dalam perlawanan ini walaupun beberapa kali mereka berjaya mendapat peluang.

Kedah lebih baik secara taktikal. Namun individual brilliance oleh Liridon Krasniqi telah memperbaiki dan menajamkan sistem taktikal mereka.

Agak menarik bagaimana seorang pemain memperbaiki satu broken link dan menambah nilai banyak ke dalam pasukan.

Tan Cheng Hoe perlu memikirkan plan B tanpa Liridon untuk memastikan pasukan ini boleh terhubung dengan baik.

Pasukan Kedah memiliki squad depth yang sangat baik dari kerusi simpanan. 2 pemain simpanan gol dan bantuan gol.

Mereka tetap perlu bekerja untuk memperbaiki isu perlindungan bek berempat dan masalah kebocoran di bek kiri.

Sebelum ini kami ada menggariskan kebocoran di 2 sektor bek sisi dalam perlawanan Felda United. Tapi kali ini, bek kanan yang dimainkan Rizal Ghazali boleh dikatakan berfungsi baik.

Pemain terbaik pilihan


Liridon Krasniqi (Kedah)


Sumber : semuanya bola


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget