Ahad, 12 Februari 2017

Khairi Jamaluddin akan isi borang isnin ini

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan berjumpa Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Isnin berhubung pencalonannya bagi merebut jawatan presiden badan induk itu.

Namun Khairy menjelaskan beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya.

"Mungkin esok (Isnin) saya akan berjumpa Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) sebab dia kata kena isi borang.

"Sama ada nak bertanding atau tidak, tunggulah nanti," katanya pada sidang media selepas Program FitMalaysia peringkat Sabah di sini, hari ini.

Tiga lagi nama yang dicalonkan untuk menerajui badan induk tersebut iaitu pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM Tan Sri Aseh Che Mat.

Setakat ini hanya Annuar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah mengesahkan untuk bertanding jawatan itu pada Kongres FAM, 25 Mac ini.

Sebelum ini, Khairy pernah memberi kenyataan akan memberi laluan kepada Tunku Ismail sekiranya Tunku Mahkota Johor itu bertanding jawatan Presiden FAM tetapi sebelum menarik diri, beliau mahu melihat terlebih dahulu TMJ membuat pengesahan bertanding secara rasmi.

Sumber : bernama


Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget