Jurulatih Melaka United, Eric Williams, yakin anak-anak buahnya lebih bersedia dalam mengharungi perlawanan seterusnya menentang Perak di Ipoh, 4 Februari depan.
“Saingan ini jelas bermakna untuk pasukan lebih bersedia dalam perlawanan kedua berdepan Perak nanti," katanya ketika dihubungi.
Namun, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki, terutama kelancaran melakukan gerakan bermula dari posisi pertahanan, tengah sehingga ke rangkaian serangan.
Justeru, Williams akan memfokuskan sepenuhnya terhadap aspek berkenaan bagi memantapkan jentera skuad Hang Tuah itu.
Melaka United kini hanya mengutip satu mata ketika seri 1-1 dengan Kelantan, Jumaat lalu.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan