Jumaat, 1 Julai 2016

P.Pinang bakal ikat penjaring terbanyak Liga India

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dalam proses mengikat penjaring terbanyak Liga India, Ranti Martins, bagi memperkuatkan jentera serangan skuad Harimau Kumbang.

Penolong Pengurus Pulau Pinang, L Katherisan, berkata ketika ini Ketua Pegawai Eksekutif FAP, Bojan Hodak masih berbincang bersama wakil pemain berusia 29 tahun sebelum beliau dapat didaftarkan.

"Harimau Kumbang memerlukan seorang penyerang yang agresif dan dapat membantu pasukan kekal di Liga Super pada musim depan.

"Setakat ini kita sudah mencapai persefahaman bersama penyerang yang kini mewakili skuad East Bengal itu," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, Martins adalah penjaring terbanyak Liga India sebanyak lima kali dan sudah menjaringkan 214 gol sejak 2004 hingga musim lalu.

Sumber : bharian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget