Jumaat, 1 Julai 2016

Kapten Selangor harap Azrif kekal hingga penghujung musim

Kapten Selangor, Mohd. Shahrom Kalam berharap konflik rakan sepasukannya, Mohd. Azrif Nasrulhaq bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dapat diselesaikan segera agar tidak menjejaskan persiapan pasukan menjelang aksi pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M) yang disambung semula pertengahan bulan ini.

Menurut Shahrom, sebagai ketua pasukan, dia telah berbual panjang dan memberi nasihat kepada Azrif selain berharap pemain itu kekal menyarung jersi keramat Merah Kuning sehingga penghujung musim ini.

“Secara peribadi, saya anggap konflik seperti ini adalah isu atau kehendak individu. Meskipun dia (Azrif) sudah tahu hala tuju selepas ini, saya tetap berharap dia dapat membuat keputusan yang lebih baik.

“Dia masih lagi muda dan memerlukan bimbingan rakan-rakan senior. Kalau boleh, saya mahu dia dikekalkan kerana dia merupakan salah seorang tonggak penting untuk pasukan kami,” katanya.

Seperti dilaporkan sebelum ini, tonggak pertahanan skuad kebangsaan itu merayu buat kali kedua dalam tempoh enam bulan kepada FAS kelab juara Superbest Power Piala FA 2016 selepas melakukan perkara yang sama pada awal tahun ini.

Pemain berusia 25 tahun itu terpaksa membuat pusingan ‘U’, sekali gus membatalkan hasratnya ketika itu.

Persa­tuan Bola Sepak Johor (PBNJ) dan FAS mengakui telah melakukan rundingan untuk mendapatkan khid­mat Azrif pada jendela perpindahan pemain yang dibuka sehingga 15 Julai ini.

Sumber : kosmo

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget