Jumaat, 22 Julai 2016

Perlis jadi 'pengacau' rebut kejuaraan liga perdana

Perlis sedia jadi watak pengacau dalam kejuaraan Liga Perdana setelah sedari peluang mereka untuk rebut dua tangga teratas makin tipis.

Jurulatihnya, Dollah Salleh, lihat mereka ada rekod yang baik tiap kali bertemu lima pasukan teratas Liga Perdana.

Paling terbaharu, mereka tewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Kangar, minggu lalu.

Situasi itu letakkan Dollah cukup yakin Perlis mampu teruskan kejutan ke atas pasukan pilihan ditambah kehadiran tiga import baharu.

"Kita menang dengan Melaka dan seri dengan Kuala Lumpur di sana jadi kita nampak ada peningkatan.

"Mungkin kita akan buat kejutan," jelasnya.

Dollah bagaimanapun tidak pandang rendah Kuala Lumpur yang garang benam Pahang dalam Piala Malaysia.

Menurutnya, The City Boys juga banyak tunjuk perubahan selepas lakukan rombakan pemain import.

"Kami mendapat maklumat bahawa import baharu KL memang baik jadi fokus kami pun terarah kepada pemain itu," katanya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget