Selasa, 26 Julai 2016

Kedudukan 5 paling popular kelab bolasepak Asia Tenggara di Facebook

Media Sosial terutamanya Facebook memainkan peranan yang penting dalam penjenamaan sesebuah kelab bola sepak. Melalui medium Facebook, pihak kelab dapat ‘berhubung’ terus dengan peminat dan penyokong mereka justeru mendekatkan lagi penyokong dengan kelab kesayangan mereka.

Berikut adalah senaraikan Top 5 Kelab Bola Sepak Asia Tenggara Paling Popular Di Facebook berdasarkan jumlah “likes” yang diperolehi oleh pasukan tersebut.

Ada diantara pasukan-pasukan ini yang masih belum mendapat status “verified” dari pihak Facebook dan kami tidak mengambil kira perkara ini sebagai pemberat dalam artikel ini.

5) Buriram United – Thailand 


Facebook: Buriram United FC
Jumlah like: 1,339,045

Pengaruh yang dibawa oleh pemilik kelab ini berjaya melonjakkan pasukan yang dahulunya kerdil, menjadi salah sebuah pasukan digeruni diperingkat Asia.

Buriram United juga dilihat merupakan peneraju dalam bidang football merchandise business di Asia Tenggara selepas pelbagai barangan mereka teruatamanya jersi pasukan terjual sehingga puluhan juta ringgit semusim.

4) Sriwijiaya FC – Indonesia 


Facebook: Sriwijaya FC
Jumlah like: 1,496,423

Diasaskan pada 1976 dengan nama Persijatim Jakarta Timur dan pada 2014 kerajaan Sumatra Selatan telah menandatangani MoU pembelian kelab dengan pemilik Persijatim, M Zein dan menggunakan nama baru, Sriwijaya FC.

Mereka juga merupakan pasukan pertama menjuarai Liga Indonesia 2007-2008 dan Piala Indonesia 2008 dalam tahun yang sama.

3) Johor Darul Ta’zim – Malaysia 


Facebook: Johor Southern Tigers
Jumlah like: 1,615,250

Pasukan yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutama buat peminat bola sepak di Malaysia.

Banyak pembaharuan dan tranformasi yang telah dilakukan oleh pasukan ini dibawah naungan Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim sejak mula mengambil alih teraju pasukan selatan ini.

Bintang-bintang ternama dunia juga bersilih ganti menyertai pasukan ini dan telah meninggalkan satu “benchmark” baru dalam persada bola sepak Malaysia sendiri.

Mereka merupakan juara AFC Cup 2015.

2) Muangthong United – Thailand 


Facebook: Muangthong United
Jumlah like: 1,984,545

The Twin Qiling merupakan antara kelab bola sepak terkaya di Thailand.

Berpangkalan di Muang Thong Thani, Nonthaburi, pasukan ini memiliki stadium bola sepak sendiri, SCG Stadium yang mampu memuatkan seramai 20,000 penonton.

Bekas pemain Yokohama F Marinos, Naoaki Aoyama juga sedang beraksi bersama kelab tersohor Thailand ini.

1) Persib Bandung – Indonesia 


Facebook: Persib Bandung
Jumlah like: 8,339,043

Kelab yang berpangkalan di Bandung dan lebih dikenali dengan gelaran Maung Bandung ini diasaskan 82 tahun yang lalu.

Skuad Pangeran Biru ini juga dimiliki oleh sebuah syarikat PT. Persib Bandung Bermartabat dan Glen Sugita sebagai presiden.

Mempunyai penyokong yang cukup fanatik dan mendukung sepenuhnya pasukan kebanggaan warga Bandung ini.

Rumusan:


Persib Bandung jauh meninggalkan mana-mana pasukan di ASEAN berdasarkan bilangan likes di Facebook. Ini juga menunjukkan betapa kuatnya ‘connection’ pasukan bersama penyokong mereka melalui medium Facebook atau online. Dalam masa kurang setengah tahun, Persib Bandung telah berjaya melonjak dari sekitar 6.4 juta like kepada 8.3 juta like – pertambahan hampir 2 juta likes!

Muangthong United pula berjaya meningkatkan bilangan likes sebanyak 500,000 dalam masa kurang dari 6 bulan. Peningkatan ini jelas disebabkan beberapa faktor terutamanya dengan kemasukkan pemain-pemain kebangsaan Thailand dalam Muangthong United.

Johor Darul Ta’zim, mencatakan peningkatan hampir 600,000 likes baru dari September 2015 hingga Julai 2016. Berpadanan dengan pelbagai pembaharuan yang dijalankan, telah berjaya menarik ramai user di media sosial untuk mengetahui status berkenaan JDT dengan lebih pantas melalui Facebook.

Bagi Sriwijaya FC pula, tiada peningkatan ketara direkodkan, namun ada pertambahan sekitar 200,000 likes sahaja. Beberapa faktor dilihat menjadi ‘dalang’ terumatanya pengharaman liga di Indonesia merencatkan perkembangan Sriwijaya di Facebook.

Buriram United pula berjaya masuk kedalam Top 5, memotong Chonburi FC yang sebelum ini berada dikedudukan ke-5.

Sumber : footballchanel

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget