Sabtu, 30 Julai 2016

JDT rehatkan beberapa pemain utama

Skuad Johor Darul Takzim (Johor DT) akan merehatkan beberapa pemain utama pada aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2016 menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Jurulatih, Mario Gomez berkata antara pemain yang tidak akan diturunkan terma­suk ketua pasukan, Safiq Rahim dan dua pemain pertahanan iaitu Marcos Antonio dan Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Turut direhatkan dua pemain penyerang iaitu Juan Martin Lucero dan Jorge Pereyra Diaz.

Gomez berkata, semua pemain berkenaan direhatkan kerana skuad Harimau Selatan itu mahu memberi fokus kepada saingan Liga Super yang mana mereka akan kembali bertandang ke Stadium Perak pada 6 Ogos depan untuk menentang skuad The Bos Gaurus.

“Perak memang mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri tetapi kami masih boleh menang,” kata Gomez ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh semalam.

Selepas mengharungi dua perlawanan peringkat Kumpulan C, Johor DT kini menghuni tangga ketiga dengan dua mata manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perak menghuni dua kedudukan teratas.

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget