Sabtu, 30 Julai 2016

15 Ogos tentukan kedudukan kerusi Presiden FAM

Kedudukan kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sama ada kekal milik Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah atau akan dikosongkan hanya boleh diketahui pada Mesyuarat Exco badan induk itu pada 15 Ogos depan.

Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau terkejut dengan pengakuan terbaru Tengku Abdullah yang mahu meneruskan hasrat untuk melepaskan jawatan disandang sejak Mei 2014 itu.

“Tengku Abdullah ada menyuarakan hasrat untuk meletakkan jawatan November tahun lalu tapi ahli Exco menolak surat peletakan jawatan itu dan memohon beliau terus menerajui FAM sehingga tamat penggal 2018.

“Tapi perkembangan terbaru ini memang sesuatu yang mengejutkan dan Exco akan bermesyuarat pada 15 Ogos untuk memutuskan langkah seterusnya,” katanya semalam.

Di tengah-tengah kemelut melanda FAM susulan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa pegawai badan induk itu oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tindakan Tengku Abdullah itu seakan-akan menambah kekalutan itu apabila menegaskan beliau tidak mahu campur dalam urusan berkenaan.

Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget