Ahad, 19 Jun 2016

Zorrilla tertarik cuba nasib dalam Liga Malaysia

Kehadiran rakan sepasukan dari Palestin, Matias Hadwa, membuatkan Jonathan Zorrilla tertarik untuk mencuba nasib dalam Liga Malaysia dan gembira kerana Kuala Lumpur mahu mengambil khidmatnya.

Bekas pemain kelab Palestino ini mempunyai darah kacukan Chile-Palestin, sama seperti Hadwa yang kini beraksi bersama PKNS.

Beraksi bersama dalam satu pasukan kebangsaan Palestin, Zorrilla mengakui dia cukup rapat dengan Hadwa.

Tambahnya, dia berani mengambil keputusan untuk datang ke sini selepas difahamkan Hadwa memberi maklum balas yang baik mengenai Liga Malaysia.

"Saya sangat gembira menyertai Kuala Lumpur. Kini, saya menumpukan perhatian terhadap sesi latihan," katanya.

Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur, Ismail Zakaria, melihat Zorrilla mempunyai ciri-ciri penyerang yang dia mahukan untuk menggantikan tempat Anselmo Arruda.

Bukan sahaja tajam di depan pintu gol, penyerang berusia 24 tahun ini mampu bertindak sebagai perancang pasukan.

"Dia boleh boleh bermain di beberapa posisi. Dengan kehadirannya, saya boleh selitkannya di tempat tertentu sebagai taktikal," kata Ismail.

Zorrilla berasal dari Santiago, Chile, namun beraksi untuk skuad kebangsaan Palestin.

Menariknya, Zorrilla turut menjaringkan satu gol ketika Malaysia tewas 6-0 kepada Palestin dalam kelayakan Piala Dunia 2018.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget