Ahad, 19 Jun 2016

Nasib bekas jurulatih P. Pinang telah dimuktamadkan

Nasib jurulatih Pulau Pinang yang digantung Jacksen F Tiago, sudah diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff berkata, keputusan mengenai Tiago sudah dimuktamadkan.

"Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam jangka masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan antara skuad Pulau Pinang dengan Malaysian Indian Football Assocation (MIFA) di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.

Tiago telah direhatkan daripada menjadi jurulatih utama kelab harimau kumbang itu ekoran prestasi tidak menentunya dalam kempen Liga Super yang lepas setelah tewas 2-1 kepada Sarawak di halaman sendiri.

Nazir juga berkata, setakat ini FAP tidak mempunyai masalah dana, namun mengakui menghadapi banyak masalah sebelum ini seperti mengambil orang yang salah.

"Kita akui, banyak kesilapan telah dilakukan dan kita sedang belajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada," katanya.

Sumber : bernama

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget