Rabu, 22 Jun 2016

Faiz Subri terima faedah PERKESO

Pemain bolasepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri menerima faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang disampaikan pada Majlis Penyampaian Faedah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2016 di Wisma Perkeso Georgetown, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Faiz, faedah itu diterimanya selepas dia mengalami kecederaan ketika menjalani latihan bersama skuad Harimau Kumbang dan terpaksa direhatkan selama sebulan tahun lalu.

"Saya mengalami hamstring ketika kempen Piala Malaysia 2015 dan membuat tuntutan PERKESO awal April tahun ini.

"Setakat ini, saya enggan mendedahkan jumlah faedah yang diterima," katanya.

Dalam majlis itu, seramai 30 individu termasuk Mohd Faiz menerima faedah berkenaan yang disampaikan Pengurus Pejabat Perkeso Georgetown Shaharuddin Waled.


Sumber : hmetro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget