“Saya harap mereka jaringkan gol. Gol di tempat lawan penting.
“Jadi Perak perlu cari gol. Itu doa saya dan seluruh rakyat Perak,” katanya ketika bertemu pemain Piala Presiden Perak selepas perlawanan menentang Sabah di Stadium Perak, petang semalam. Perak menang 2-0.
Puhat yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yakin pemain The Bos Gaurus akan turun dengan motivasi tinggi selepas menang 1-0 pada saingan suku akhir pertama di Ipoh pada 19 Mac lalu.
“Misi Perak ialah untuk mempertahankan kelebihan agar dapat mara ke separuh akhir Piala FA 2016,” katanya.
Beliau yakin jurulatih Syamsol Saad mampu melakar strategi berkesan untuk menyerap asakan tuan rumah yang dibimbing Ismail Zakaria.
Malah bagi menghadapi pertemuan penting ini Syamsol akan menurunkan barisan terkuatnya berikutan kepulangan kapten, Nasir Basharuddin dan pemain import, Elias Fernandes De Oliviera yang sudah boleh beraksi.
Kehadiran dua tonggak pssukan itu akan meningkat kekuatan Perak terutama di bzhagian tengah.
Berikutan kekuatan benteng yang diterajui Thiago Junio Aquino, mereka dilihat berkemampuan untuk memastikan gawang Perak tidak dibolosi.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan