Walaupun masih berahsia mengenai perkara itu, pemilik D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman ketika dihubungi mengesahkan beliau kini berada di Alor Setar.
"Eh, mana awak tahu? Biarlah rahsia dulu," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
Aliff turut mengesahkan beliau akan berada di Stadium Darul Aman bagi menyaksikan perlawanan suku akhir separuh akhir kedua Piala FA antara Kedah dan Sabah, malam ini.
Difahamkan selepas pertemuan tersebut, kedua-dua pihak tidak berhasrat untuk mengadakan sidang media bagaimanapun ia bergantung kepada hasil perbincangan itu.
Terdahulu media melaporkan, Aliff Syukri turut membawa peguam dan penasihatnya dalam pertemuan yang dijadual diadakan pada jam 5.30 petang ini.
"Insya-Allah jika tawaran yang KFA berikan memuaskan dan memberi impak yang baik kepada D'Herbs, saya akan tandatangan.
"Sejujurnya jumlah yang diminta oleh pasukan Kedah adalah tinggi.
“Tapi setelah mempertimbangkan beberapa kriteria termasuk prestasi pasukan itu dan pulangan terhadap produk saya. Saya bersedia," katanya.
Sumber : malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan