Ahad, 6 Mac 2016

Semua pasukan mahu tewaskan JDT

Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, anggap undian suku akhir Piala FA tidak memberi kelebihan buat mana mana pasukan, dimana bukan pilihan juga mampu lakukan kejutan.

Sementara jurulatih JDT, Mario Gomez pula terus positif apabila anak buahnya tepati ciri-ciri selaku juara Asia.

JDT berada pada platform terbaik untuk menepati anggapan semua pihak bahawa mereka mampu cipta lebih banyak kejayaan dalam saingan musim ini.

Rata-rata menganggap keupayaan JDT bukan tandingan PDRM, dan Gomez sendiri beri bayangan betapa mereka mahu memastikan kejayaan demi kejayaan terlakar.

Gomez positif untuk melihat anak buahnya melangkah sehingga ke pentas akhir Piala FA walaupun saingan suku akhir baru sahaja diundi pada Ahad

"Menang adalah cara dan falsafah kami. Saya sering berkata setiap perlawanan adalah penting kerana setiap pasukan mahu mengalahkan JDT,"

"Kemahuan itu oleh pasukan-pasukan lain menyukarkan misi kami, pada masa yang sama ia memberi semangat kepada kami," kata Gomez.

Benar laluan Kedah tampak mudah di suku akhir apabila di jadualkan bertemu Sabah.

Namun itu bukan kelegaan buat Cheng Hoe, apatah lagi beberapa pasukan gergasi seperti Selangor, Felda United dan Terengganu sudah angkat bendera putih kepada pasukan bukan pilihan.

Tegas Cheng Hoe kepada anak buahnya jangan sesekali rasa selesa hanya kerana kelebihan di atas kertas.

"Dalam saingan Piala FA, semua perlawanan merupakan perlawanan kalah mati jadi saya tidak boleh anggap itu sebagai satu tugas yang mudah buat kami.

"Sabah ada jurulatih baru dan pemain import baharu. Jadi, kami tidak boleh hilang fokus lawan mereka." kata Cheng Hoe.

Apakah elemen kejutan akan terus menghiasi suku akhir Piala FA pada 18 dan 19 Mac nanti?

Antara perlawanan yang turut curi tumpuan, Sime Darby menentang PKNS FC.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget