Pengendali Kelantan itu berkata, skuad kendaliannya tidak sabar mahu menampilkan perwatakan sebenar selaku pencabar kejuaraan selepas keluar daripada prestasi hambar dengan menewaskan Pulau Pinang dalam aksi terakhir, 12 Mac lalu.
“Selepas ini, Kelantan akan bertemu pasukan di tangga teratas seperti Johor Darul Ta’zim, Selangor, Felda United dan Terengganu dan saya beritahu kepada pemain, kita sepatutnya perlu berada pada kedudukan lebih baik daripada pasukan itu.
“Salah satu caranya adalah dengan menewaskan mereka dan saya sangat yakin prestasi Kelantan akan bertambah baik dan kita sudah bersedia untuk bertemu keempat-empat pasukan itu, selepas ini,” katanya semalam.
Devan memberitahu, dia sedang merangka formula terbaik termasuk membentuk persefahaman dalam kalangan pemain selain menerapkan taktikal lebih terperinci untuk pasukannya, sepanjang tempoh rehat selama tiga minggu ini.
Menurutnya, walaupun sesetengah jurulatih berpendapat tempoh rehat panjang boleh memberi kesan kepada rentak permainan, namun dia berasakan perkara itu tidak menjejaskan tumpuannya untuk meningkatkan prestasi pasukan.
“Saya rasa cuti rehat ini memberi keuntungan kepada kita. Ia memberi ruang kepada saya untuk menambahbaikkan kelemahan pasukan. Mungkin konsentrasi pemain sedikit terjejas tetapi jika mereka lebih fokus, saya rasa tidak ada masalah,” katanya.
Dalam masa sama, jurulatih berusia 54 tahun itu memberitahu, ia sekali gus memberi peluang kepadanya menguji beberapa pemain dalam aksi persahabatan menentang Kuantan FA di Stadium Darul Makmur, malam ini dan Perlis di Kangar, pada 29 Mac ini.
Sementara itu, Devan menaruh keyakinan tinggi penyerang import kelahiran Mali, Dramane Troare akan kembali sentuhan penyudahnya selepas gagal meledak dalam empat perlawanan terakhir.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan