Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang berlangsung selama satu jam berakhir jam 3 petang tadi di Bilik Gerakan, Blok B Wisma Negeri Darul Aman, di sini.
Ahmad Bashah berkata, harapannya selepas dilantik Presiden KFA ingin melihat prestasi semasa Kedah dapat dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa depan.
Menurutnya, pasukan Kedah juga diharapkan berjaya merangkul kejuaraan pada tahun ini dalam keadaan yang lebih mencabar.
"Suasana dan keadaan sekarang sudah berlainan berbanding ketika pasukan Kedah merangkul tiga kejuaraan pada tahun 2006.
"Namun saya percaya Kita boleh mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Kedah jika semua yang terbabit terutama dalam kalangan KFA sendiri memainkan peranan masing masing, " katanya pada sidang media selepas pengumuman perlantikan itu tadi.
Beliau turut mengumumkan perlantikan Datuk Yusof Ismail sebagai Bendahari KFA yang baru menggantikan Datuk Aminuddin Omar.
Sumber : hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan