Pemilihan tersebut sekaligus menamatkan teka-teki peminat yang sebelum ini menyaksikan nama Zesh dan Mohd Saiful Nizam Miswan (Poyeng) di sebut-sebut menjadi pilihan menggalas tugas tersebut.
Bekas pemain Fulham dan Queen Park Rangers (QPR) itu menjadi pilihan buat bekas pemain kebangsaan itu menggalas tugas tersebut selepas kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas kapten sebelum ini, Mohd Razman Roslan yang berhijrah ke pasukan juara Piala Malaysia 2015, Selangor.
Ahmad Shaharuddin ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam memberitahu, pengalaman luas pemain berusia 32 tahun itu diharapkan dapat membantu memantapkan lagi jentera pasukan itu yang melakukan perubahan drastik menggunakan majoritinya khidmat pemain baru dan muda.
“Zesh sudah bersama pasukan ini sejak musim 2014 dan saya lihat dia mampu membimbing pemain baru dalam usaha mengekang lawan dan menghadapi asakan lawan nanti.
"Bagi saya Rehman mampu memikul tanggungjawab ini bukan sahaja faktor pengalaman, malah displin diri dan pemain yang dihormati di kalangan rakan sepasukan sambil dibantu Saiful Nizam Miswan yang juga beraksi di posisi pertahanan dan sudah serasi bersama sejak dua musim lalu.,”katanya.
Menurutnya, gandingan dua pemain itu amat ditagih untuk memandangkan barisan pemain muda selain pemain senior menjadi digabungkan untuk menggalas tugas bersama Tok Gajah.
"Saya juga mengharapkan Rehman yang bersama Pahang untuk musim ketiga akan menjadi `pemimpin' yang terbaik terutama membawa pemain muda pada prestasi terbaik ," katanya lagi.
Sementara itu, beliau juga meminta anak-anak buahnya bersiap sedia untuk mengharungi tugas sulung yang menanti mereka apabila perlu melayan kunjungan T-Team untuk aksi pembuka tirai Liga Super 2015 di Stadium Darul Makmur, di sini, Sabtu ini.
Menurutnya, ia bukan tugas mudah buat mereka memandangkan lawan turut memiliki reputasi menyakinkan dan teruja apabila layak beraksi dalam saingan liga itu untuk musim ini.
“Beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengutip mata selain berwaspada dengan lawan yang nampaknya bersemangat selepas melayakkan diri ke Liga Super 2016.
"Saya meletakkan keyakinan terhadap pemain selepas mereka sudah berusaha keras sepanjang latihan intensif bermula Januari lalu,”tegasnya lagi.
Sumber : sinar harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan