Selasa, 9 Februari 2016

Selangor dan JDT pilihan utama juara Liga Super 2016

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor, menjadi  dua pasukan yang dilihat di atas kertas mampu muncul pencabar utama kejuaraan musim ini.

Namun, mampukah dua pasukan itu merealisasikan status mereka selaku pasukan pilihan.

Lima hari menjelang sepak mula Liga Malaysia 2016, kelibat barisan pemain, taktikal dan keserasian menunjangi persiapan semua pasukan untuk bersaing dalam liga elit Malaysia.

Skuad JDT yang menjulang 2 piala Liga Super dan Piala AFC, bimbingan Mario Gomez tidak melakukan perubahan besar dalam skuad mereka musim ini dengan hanya bekas pemain sayap Pahang, Azamuddin Akil menjadi nama besar tempatan yang dibawa masuk. Tetapi kekal jadi pasukan pilihan utama.

"Ianya penting untuk setiap pasukan menampilkan kemajuan kerana jika pemain perbaiki aksi mereka satu pasukan akan turun dengan lebih kuat," kata pengendali JDT Mario Gomez.

JDT hanya perlu segera mengesahkan awang import keempat mereka bagi menggantikan kelibat penyerang utama musim lalu, Luciano Figueroa yang sudah bersara.

Berbeza barisan  merah-kuning bimbingan Zainal Abidin Hassan musim ini pula, tampak pasukan yang mampu memberi cabaran kuat berdasarkan muka baru yang dibawa masuk.

"Saya ada satu dua perubahan yang bakal saya laksanakan ketika perlawanan sumbangsih, ketika ini saya berdepan tugas sukar tetapi pemain yang diturunkan sudah pasti mampu menjalankan tugas dengan baik," kata Zainal.

Tetapi saingan di kelompok pertengahan liga, juga bukan mudah diramal babitkan antara Felda United, Sarawak, Pulau Pinang dan Kelantan.

"Pemain sudah mampu mencapai keserasian dan memahami penerapan taktikal baru yang akan digunakan disaingan Liga Super," jelas pengendali Pulau Pinang Jacksen F. Tiago.

Pahang, PDRM, T-Team dan Perak dijangka menjadi pasukan yang bakal bersaing dikelompok bawahan liga berdasarkan pencapaian pada aksi pra musim.

"Kita mahu terus beri impak dalam saingan Liga Super kerana ia bukan satu kerja mudah.

Ketika ini kami dianggap bukan satu pasukan yang ampuh tetapi kami akan turun untuk buktikan sebaliknya," kata ketua jurulatih T-Team Rahmad Dermawan.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget