Selasa, 9 Februari 2016

Gil Hoon pelengkap kuota pemain import Sime Darby FC

Jurulatih Sime Darby FC Abdul Ghani Malik mengharapkan penyudah pasukan musim ini lebih berkesan setelah berjaya mendapatkan khidmat bekas tonggak Pulau Pinang Lee Gil Hoon dari Korea Selatan.

Gil Hoon melengkapkan kuota pemain import Sime Darby FC selepas Mateo Roskam, Ha Dae Won dan Frederic Pooda.

Hadir dengan reputasi hebat dari skuad Harimau Kumbang, kudrat pemain tengah berusia 33 tahun ini ditagih untuk membantu jentera serangan pasukan.

Musim lalu menyaksikan ketumpulan penyudah skuad Sime Darby apabila sekadar mengumpul keseluruhan 20 gol dalam liga super.

"Kita sudah tahu kualiti yang dia miliki, kami juga mengalu-alukan kehadiran dia bersama kami," ujar Abdul Ghani.

"Saya mahu menikmati bola sepak terbaik bersama Sime Darby dan cuba membantu sebaik mungkin memastikan mereka menamatkan saingan Liga Perdana di kelompok dua teratas," jelasnya.

Sumber : stadiumastro

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget