Bantahan penyokong melihat kepada aksi kurang cemerlang pemain import itu sendiri yang gagal beri prestasi terbaik nya sepanjang tempoh percubaan bersama Terengganu.
Tegas Nordin suara daripada penyokong perlu di ambil kira, dan persatuan sendiri perlu memainkan peranan mereka dalam memilih pemain terbaik untuk Terengganu.
"Pemain import perlu lebih teliti, kerana mereka memainkan peranan penting buat pasukan, oleh itu pihak pengurusan perlu membuat keputusan yang tepat," kata Nordin.
Terengganu yang melewati persiapan positif menjelang saingan liga 2016 di kejutkan dengan boikot penyokong di atas prestasi calon pemain import ke 4 kelahiran Mali, Makan Dumbele sekaligus memaksa Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengkaji semula kedudukan pemain itu.
Sementara itu, Nordin menyambut baik kehadiran semula pemain berpengalaman Hairudin Omar bersama Terengganu musim ini dengan menganggap Hairuddin mampu membantu pasukan menerusi pengalaman yang dimiliki.
"Kehadiran Hai-O dalam pasukan adalah bagus kerana pengalamannya yang luas dan diharap dapat membantu menaikkan semangat para pemain muda pasukan.
Sumber : stadiumastro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan