Sabtu, 13 Februari 2016

Kecederaan Ismail Faruqi ganggu persiapan Terengganu

Persiapan Terengganu sedikit terganggu menjelang pertemuan dengan Pulau Pinang dalam aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam ini.

Ini selepas pemain tonggak, Ismail Faruqi Asha’ri mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika latihan. Ketua jurulatih Terengganu, Ahmad Yusof, berkata pasukannya sudah melakukan persiapan rapi dan kecederaan Ismail, sekali gus menjejaskan taktikal yang direncanakan sebelum ini.

Begitupun, pengendali berusia 55 tahun itu mengakui tidak panik kerana pasukannya musim ini memiliki pemain yang sama rata kualitinya.

“Saya akui kecederaan Ismail memberi kesan kepada taktikal pasukan, namun yakin penggantinya mampu menggalas tugas dengan baik.

“Saya mempunyai banyak pilihan termasuk penyerang import baharu, Juan Jose Morales,” katanya.

Ahmad berkata, perlawanan pembukaan itu penting buat pasukan untuk mencari tiga mata penuh di gelanggang sendiri. Katanya, pihaknya meminta anak buahnya berwaspada dan memandang ringan dengan kelibat skuad Harimau Kumbang.

“Jika pemain beraksi mengikut taktikal yang diterapkan, saya menaruh keyakinan yang tiga mata penuh mampu diraih malam esok (malam ini),” katanya.

Sumber : bharian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget