Ahad, 14 Februari 2016

JDT pertahan Piala Sumbangsih, Selangor pulang dengan satu mata

Juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016 selepas menewaskan Selangor 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi di Stadium Tan Sri Dato' Hasan Yunos, Larkin, malam tadi.

Kedua-dua pasukan sebelum itu, terikat 1-1 selepas 90 minit permainan.

Gol Harimau Selatan dijaringkan oleh pemain import kelahiran Singapura, Hariss Harun manakala jaringan Selangor dijaringkan, Mohd Hafiz Kamal.

Kejayaan itu menyaksikan JDT memenangi Piala Sumbangsih buat kali kedua berturut-turut selepas musim lalu.

JDT berjaya mendapatkan gol pada minit ke-45 untuk menyaksikan Hariss menanduk masuk sepakan sudut kapten pasukan, Safiq Rahim.

Sepanjang bermula aksi separuh masa pertama, pasukan bimbingan Mario Gomez lebih banyak menguasai permainan dan mengasak pertahanan Red Giants.

 Tumpuan terarah kepada pemain import baharu JDT, Juan Martin Lucero yang bergandingan dengan Jorge Pereyra Diaz di bahagian serangan.

Lucero yang memakai jersi nombor 19 hampir menjaringkan gol pertama peribadi dan buat pasukan pada minit ke-5 namun penjaga gol lawan, Norazlan Razali tangkas mengawal gawang.

Pujian juga harus diberikan kepada 'back four' Harimau Selatan yang banyak mengekang asakan lawan menerusi Patrick Ronaldinho, Mauro Olivi dan Nazmi Faiz.

Bermula aksi separuh masa kedua, pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan mengatur strategi dan memberi lebih tekanan kepada tuan rumah dalam usaha mencari gol penyamaan.

Selangor kemudiannya berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi sepakan percuma Mohd Hafiz Kamal pada minit ke-59 yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol tuan rumah, Farizal Marlias.

Pasukan Red Giants terus mengasak Harimau Selatan dan hampir memperoleh gol kedua melalui Mauro Olivi pada minit ke-70, namun percubaan dari luar kotak penalti berjaya diselamatkan Farizal.

Sehingga 90 minit permainan, tiada sebarang jaringan tambahan terhasil oleh kedua-dua pasukan sekali gus perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penenuan sepakan penalti.

Gol penalti JDT dijaringkan oleh Safiq, Nazrin Nawi, Amirulhadi Zainal, Hariss,  Marcos Antonio, Aidil Zafuan dan S Kunanlan.

Sementara Selangor pula, Patrick Ronaldinho, S Veenod, Hafiz Kamal, Razman Roslan, Raimi Md Noor dan Sharom Kalam.

Sumber : sinar harian

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget