Rabu, 10 Februari 2016

KAFA digesa selesaikan segera isu tunggakan gaji

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) digesa supaya menyelesaikan segera isu tunggakan gaji bekas pemain Kelantan musim lalu.

Gesaan itu dibuat Penasihat Kehormat KAFA, Datuk Seri Dr Hasmida Othman atau Datuk Vida bagi memastikan persatuan itu tidak lagi dipalit dengan isu tunggakan gaji, sekali gus menjejaskan prestasi pasukan dalam liga musim ini.

“Saya tidak mahu masuk campur berhubung perkara lalu, tetapi saya akan meminta KAFA menyelesaikan masalah tunggakan gaji ini, supaya ia tidak menganggu kutipan mata pasukan untuk musim ini.

“Malah ia akan menjadi penghalang kepada kita (pasukan Kelantan) untuk pergi lebih bersemangat dalam saingan liga musim ini. Saya juga kalau boleh tidak mahu cuci pinggan orang lain (merujuk kepada kemelut yang dihadapi pasukan Kelantan sebelum ini),” katanya.

Sumber : freemalaysiatoday

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget