Selasa, 9 Februari 2016

Juan Martin Lucero sah milik JDT

Pengumuman ini telah disahkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor melalui laman rasmi facebook Johor Southern Tigers.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas kelewatan pengumuman pemain import keempat kami." katanya

Menurutnya lagi, "Kami tidak boleh mengumumkannya tanpa sebarang kertas kerja atau pengesahan.

"Walaubagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami telah menandatangani Juan Martin Lucero dari kelab Argentina Independiente.

"Kami mempunyai banyak pilihan. Tetapi, kami percaya bahawa dia adalah pemain yang paling sesuai untuk JDT. Selepas pertemuan dengan Pengarah Sukan JDT Alistair Edwards, Pengurus Mario Gomez, Penolong Jurulatih Raul, 'Scouts' dan Ejen Kelab Martin Prest, Nasir Yusof, Luciano Figueroa, dan juga 'scouts' kami yang lain di Argentina, kami merasakan bahawa dia adalah pemain yang paling sesuai untuk kami.

"Adalah merupakan perkara yang terbaik apabila memiliki pemain muda kerana mereka mempunyai nilai dan boleh dianggap sebagai aset kelab kami.

"Lucero masih muda dan mempunyai rekod prestasi yang sangat baik. Beliau merupakan antara salah seorang pemain muda Argentina yang sedang meningkat naik dan beliau juga seorang pemain yang cukup rajin.

"Kami amat bertuah kerana berjaya mendapatkan beliau di JDT walaupun banyak kelab-kelab lain di seluruh dunia yang bersaing mendapatkannya. Ini menunjukkan bahawa reputasi kami sedang berkembang di pentas dunia." jelas TMJ lagi.

Lucero dijangka akan tiba esok jam 12.00 tengahari dan akan menyertai latihan pasukan pada waktu malam.

TMJ juga mengumumkan sesi memperkenalkan Lucero kepada penyokong akan diadakan keesokan harinya di Stadium Larkin.

Sumber : JST

Kongsikan Dengan Rakan Anda
Facebook Twitter Google LinkedIn Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Widget